Hadis Jariah (hamba perempuan).
قَالَ: وَكَانَتْ لِي جَارِيَةٌ تَرْعَى غَنَمًا
لِي قِبَلَ أُحُدٍ وَالْجَوَّانِيَّةِ، فَاطَّلَعْتُ ذَاتَ يَوْمٍ فَإِذَا الذِّيبُ
قَدْ ذَهَبَ بِشَاةٍ مِنْ غَنَمِهَا، وَأَنَا رَجُلٌ مِنْ بَنِي آدَمَ، آسَفُ كَمَا
يَأْسَفُونَ، لَكِنِّي صَكَكْتُهَا صَكَّةً، فَأَتَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَظَّمَ ذَلِكَ عَلَيَّ، قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ أَفَلَا أُعْتِقُهَا؟
قَالَ: ائْتِنِي بِهَا فَأَتَيْتُهُ بِهَا، فَقَالَ لَهَا: أَيْنَ اللهُ؟ قَالَتْ:
فِي السَّمَاءِ، قَالَ: مَنْ أَنَا؟ قَالَتْ: أَنْتَ رَسُولُ اللهِ، قَالَ: أَعْتِقْهَا،
فَإِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ
"Mu’awiyah ibn al-Hakam al-Salami berkata : “Aku memiliki seorang hamba perempuan yang mengembala kambing-kambingku di sekitar Uhud dan Jawwaniyah. Suatu hari ketika aku menjengoknya, tiba-tiba seekor serigala telah melarikan seekor kambing daripada gembalaannya. Aku sebagai seorang manusia menjadi marah sebagaimana manusia lainnya, lalu aku menampar mukanya sekali. Kemudian aku mendatangi Nabi sollallahu alaihi wa sallam dan baginda memandang serius perbuatanku yang sedemikian (menampar muka jariah tersebut). Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apakah perlu aku merdekakan dia?” Baginda bersabda, “Bawa dia ke mari!” Maka aku bawa dia mengadap baginda. Baginda bertanya kepadanya, “Di mana Allah?” Dia menjawab, “Di langit.” Nabi bertanya lagi; Siapa aku?, jawabnya; ‘Engkau Rasulullah’. Maka Baginda bersabda, “Merdekakan dia! Sesungguhnya dia seorang mukminah.”(Riwayat Muslim, no. 537).
Komentar Ulamak Berkaitan Lafaz
Hadis Jariah
1) Al-Baihaqi mengatakan :
قَدْ أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ مُقَطَّعًا مِنْ حَدِيثِ
الْأَوْزَاعِيِّ وَحَجَّاجٍّ الصَّوَّافِ، عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ دُونَ قِصَّةِ
الْجَارِيَةِ، وَأَظُنُّهُ إِنَّمَا تَرَكَهَا مِنَ الْحَدِيثِ لِاخْتِلَافِ الرُّوَاةِ
فِي لَفْظِهِ. وَقَدْ ذَكَرْتُ فِي كِتَابِ الظِّهَارِ مِنَ السُّنَنِ مُخَالَفَةَ
مَنْ خَالَفَ مُعَاوِيَةَ بْنَ الْحَكَمِ فِي لَفْظِ الْحَدِيثِ
“Imam Muslim telah meriwayatkannya dengan memotong (tidak keseluruhan) daripada hadis al-Auza’i dan Hajjaj al-Sawwaf daripada Yahya ibn Abi Kathir tanpa menyebut kisah Jariyah. Mungkin dia meninggalkannya (kisah jariah) dalam hadis itu disebabkan perselisihan para perawi dalam lafaznya. Saya telah menyebutkan dalam kitab al-Sunan pada bab al-Zihar berkaitan perselisihan perawi yang menyalahi Mu’awiyah ibn Hakam pada lafaz hadis tersebut.”(al-Asma' wa al-Sifat, Maktabah Syamilah, Juz. 2, Hal. 325).
2) Disebutkan oleh al-Haithami;
قَالَ الْبَزَّارُ: وَهَذَا قَدْ رُوِيَ نَحْوُهُ بِأَلْفَاظٍ مُخْتَلِفَةٍ.
“Al-Bazar mengatakan, (hadis al-jariah) ini telah diriwayatkan seumpamanya dengan lafaz-lafaz yang berbeza.”(Kasyf al-Astar, Maktabah Syamilah, Juz. 1, Hal. 14).
3) Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani
ketika memberi komentar berkaitan hadis al-jariah ini, mengatakan :
وَفِي اللَّفْظِ مُخَالَفَةٌ كَثِيرَةٌ
“Pada lafaznya terdapat banyak perbezaan.”(Talkhis al-Habir, Maktabah Syamilah, Juz. 3, Hal. 448).
Huraian Ulamak Berkaitan Hadis
Jariah
1) Imam al-Nawawi dalam Syarh
Sahih Muslim, berkata:
هذا الحديث من أحاديث الصفات وفيها مذهبان تقدم
ذكرهما مرات في كتاب الايمان: أحدهما : الايمان به من غير خوض في معناه مع اعتقاد أن
الله تعالى ليس كمثله شئ وتنزيهه عن سمات المخلوقات، والثاني : تأويله بما يليق به
، فمن قال بهذا قال: كان المراد امتحانُها هل هي موحدة تقر بأن الخالق المدبر الفعال
هو الله وحده وهو الذي إذا دعاه الداعي استقبل السماء كما إذا صلى المصلي استقبل الكعبة
وليس ذلك لانه منحصر في السماء كما أنه ليس منحصرا في جهة الكعبة، بل ذلك لان السماء
قبلة الداعين كما أن الكعبة قبلة المصلين، أو هي من عبدة الاوثان العابدين للاوثان
التي بين أيديهم فلما قالت في السماء علم أنها موحدة وليست عابدة للاوثان.
“Hadis ini termasuk hadis-hadis sifat. Padanya ada dua aliran (penafsiran), telah disebut berulang kali keterangan tentangnya dalam Kitab al-Iman iaitu,
Pertama : Beriman dengannya tanpa menelusuri maknanya beserta keyakinan bahawa Allah Taala tiada sesuatu yang menyerupaiNya, dan menyucikanNya daripada sifat-sifat makhluk.
Kedua : mentakwilkannya dengan makna yang layak bagiNya.
Jalan yang kedua pula ialah mentakwilkan hadis tersebut dengan apa yang layak bagi Allah. Maka sesiapa yang berpegang dengan jalan yang kedua ini, berpeganglah dia dengan bahawasanya yang dimaksudkan dengan hadis tersebut adalah Nabi sollallahu alaihi wa sallam menguji jariah tersebut untuk mengetahui sama ada dia seorang ahli tauhid yang mengakui Maha Pencipta, Maha Pentadbir dan Maha Pembuat adalah Allah semata-mata, yang mana Dialah Tuhan yang apabila seseorang memohon kepadaNya maka dia menghadap ke langit sebagaimana apabila seseorang bersolat dia menghadap kaabah, dan bukanlah perlakuan sedemikian ini (menghadap ke langit ketika berdoa atau menghadap kaabah ketika bersolat) menunjukkan bahawasanya Allah terbatas di langit sebagaimana juga tidaklah Dia terbatas pada jihat (arah) kaabah (Allah tidak dibatasi oleh sebarang tempat kerana Dia Maha Suci daripada segala tempat dan arah). Bahkan perbuatan menghadap ke langit itu adalah kerana langit itu adalah kiblat orang yang berdoa sebagaimana kaabah itu kiblat bagi orang yang bersolat. Atau jariah tadi ialah seorang penyembah segala berhala yang menyembah berhala-berhala tersebut di hadapan mereka (di sisi atau bersama mereka di bumi), maka tatkala dia menjawab: "Di langit," diketahuilah bahawasanya dia seorang ahli tauhid dan bukannya seorang penyembah berhala (jika jariah tersebut seorang penyembah berhala, nescaya dia tidak akan menjawab bahawa Allah Tuhannya di langit, tetapi dia akan menunjukkan berhala yang disembahnya yang berada bersamanya di bumi ini).”(Syarh Muslim, Muassisah Qurtubah, Juz. 5, Hal. 33-34).
2) Qadhi ‘Iyadh mengatakan:
لا خلاف بين المسلمين قاطبة فقيههم ومحدثهم ومتكلمهم ونظارهم ومقتدهم
أن الظواهر الواردة بذكر الله تعالى في السماء كقول الله تعالى ءأمنتم من في السماء
أن يخسف بكم الارض ونحوه ليست على ظاهرها
“Tiada perselisihan pendapat dalam kalangan kaum Muslimin, baik ahli fekah, ahli hadis, ahli teologi, ahli fikir dan pengikut mereka bahawa zahir-zahir nas yang menyebut Allah di langit seperti firman Allah: “Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu?” dan yang seumpamanya itu tidak diertikan secara zahirnya.”(Syarh Muslim, Muassisah Qurtubah, Juz. 5, Hal. 34).
3) Al-Hafiz Ibn al-Jauzi ketika
mengomentari hadis jariah mengatakan :
قلت : قد ثبت عند العلماء أن الله تعالى لا تحويه
السماء والارض ولا تضمه الاقطار وإنما عرف بإشارتها تعظيم الخالق عندها .
“Aku berkata, ‘Telah tetap di kalangan para ulama bahawa Allah Taala tidak diliputi oleh langit dan bumi dan tidak pula dihimpun oleh penjuru, akan tetapi hanya dikenaliNya dengan isyarat hamba perempuan itu ke arah langit kerana pengagungan Zat Maha Pencipta.”(Daf’u Syubhah, Dar al-Imam al-Rawas, Beirut, Hal. 189).
4) Imam al-Subki dalam kitab
al-Saif al-Soqil Fi al-Raddi ‘ala Ibni Zafil mengatakan :
أقول: أما القول: فقوله صلى الله عليه وسلم للجارية "أين الله ؟" قالت: "في السماء"
وقد تكلم الناس عليه قديما وحديثا والكلام عليه معروف ولا يقبله ذهن هذا الرجل
“ِAku berkata: ‘Adapun ucapannya: Sabda Nabi sollallahu alaihi wa sallam kepada hamba perempuan, ‘Di mana Allah?’ dan jawabannya, ‘Di langit.’ Ketahulilah bahawa para ulamak sejak dahulu hingga sekarang telah banyak membicarakan berkenaan hadis tersebut. Perbicaraan tentangnya sangat makruf, dan orang ini (Ibn Zafil) tidak menerimanya (dengan berpendapat Allah berada di langit).”(al-Saif al-Saqil Fi al-Raddi ‘ala Ibni Zafil, Maktabah al-Azhariyyah lil Turath, Hal. 82-83).
KESIMPULAN
Berdasarkan keterangan-keterangan
di atas dapat disimpulkan bahawa hadis al-Jariah tersebut tidak boleh
ditafsirkan menurut makna zahirnya. Akan tetapi wajib diserahkan maksudnya
kepada Allah Taala tanpa menelusuri maknanya dengan mengiktiqadkan bahawa Allah
Maha Suci daripada mempunyai tempat dan arah (mazhab tafwidh). Atau
menafsirkannya sesuai dengan sifat yang layak bagi Allah Taala sebagaimana
tafsiran sebahagian ulamak yang telah kita kemukakan di atas.
Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan