بسم الله الرحمن الرحيم
Matan Aqidah al-'Awam (57 bait) susunan al-Allamah al-Sayyid
Ahmad Marzuqi al-Maliki رحمه الله تعالى ونفعنا بعلومه في الدارين
ءامين
Bait 1
Kata pengarang رحمه الله تعالى
;
أَبْدَأُ بِسْـمِ اللهِ وَالرَّحْمنِ
وَبِالرَّحِيْمِ دَائِمِ اْلإِحْسَانِ
"Aku mulai (mengarang kitab ini) dengan (menyebut) nama Allah Taala dan nama al-Rahman (Maha Pengasih) dan nama al-Rahim (Maha Penyayang) yang berkekalan kebaikanNya."
Bait 2;
Kata pengarang رحمه الله تعالى
;
فَالْحَمْدُ للهِ الْقَدِيْمِ اْلأَوَّلِ
اَلآخِرِ الْبَـاقِي بِلا َتَحَوُّلِ
"Maka segala puji bagi Allah Taala yang Maha Qadim (tiada permulaannya), lagi Maha Awal, Yang Maha Akhir, lagi Maha Kekal dengan tiada berubah."
Bait 3
Kata pengarang رحمه الله تعالى
;
ثُمَّ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ سَرْمَدَا
عَلَى النَّبِيِّ خَيْرِ مَنْ قَدْ وَحَّدَا
"Kemudian selawat dan salam sejahtera selama-lamanya, semoga tetap dilimpahkan kepada Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam sebagai sebaik-baik makhluk yang telah bersungguh-sungguh mentauhidkan Allah Taala"
Bait 4
Kata pengarang رحمه الله تعالى
;
وَآلِهِ وَصَـحْبِهِ وَمَنْ تَبِعْ
سَبِيْلَ دِيْنِ الْحَقِّ غَيْرَ مُبْتَدِعْ
"Dan (begitu juga selawat dan salam semoga tercurahkan) ke atas keluarga dan para sahabatnya serta orang yang mengikut jalan agama yang benar tanpa berbuat bidaah."
Bait 5
Kata pengarang رحمه الله تعالى
;
وَبَعْدُ فَاعْلَمْ بِوُجُوْبِ الْمَعْرِفَةْ
مِنْ وَاجِبٍ ِللهِ عِشْرِيْنَ صِفَةْ
"Setelah itu (apa yang dikemukakan tadi), ketahuilah tentang kewajiban mengenal Allah Taala daripada sifat yang wajib bagi Allah Taala iaitu 20 sifat."
Bait 6
Kata pengarang رحمه الله تعالى
;
فَاللهُ مَوْجُوْدٌ قَدِيْمٌ بَاقِيْ
مُخَالِفٌ لِلْخَلْقِ بِاْلإِطْلاَقِ
"Maka Allah Taala adalah Zat yang bersifat (1) Wujud (Ada), (2) Qadim (tiada permulaanNya), (3) Kekal, dan (4) berbeza dengan makhluk secara mutlak."
Bait 7
Kata pengarang رحمه الله تعالى
;
وَقَائِمٌ غَنِي وَوَاحِدٌ وَحَيْ
قَادِرْ مُرِيْدٌ عَالِمٌ بِكُلِّ شَيْ
"Allah Taala adalah Zat (5) Yang berdiri sendiri (tidak berhajat kepada yang lain), (6) Maha Esa, (7) Maha Hidup, (8) Maha Berkuasa, (9) Maha Berkehendak dan (10) Maha Mengetahui segala sesuatu."
Bait 8
Kata pengarang رحمه الله تعالى
;
سَمِـيْعٌ الْبَصِيْرُ وَالْمُتَكَلِّم
لَهُ صِفَـاتٌ سَبْعَةٌ تَنْتَظِمُ
"Allah Taala juga (11) Maha Mendengar, (12) Maha Melihat, dan (13) Maha Berbicara, juga bagiNya tujuh sifat yang akan berangkai (yang teratur)."
Bait 9
Kata pengarang رحمه الله تعالى
;
فَقُـدْرَةٌ إِرَادَةٌ سَمْعٌ بَصَرْ
حَيَاةٌ الْعِلْمُ كَلاَمٌ اسْتَمَرْ
"(7 sifat ma'ani) Iaitu sifat (14) Qudrat (Kuasa), (15) Iradat (Berkehendak), (16) Sama' (Mendengar), (17) Basar (Melihat), (18) Hayat (Hidup), (19) 'Ilm (Mengetahui) dan (20) Kalam (Berkata-kata) selama-lamanya."
Bait 10
Kata pengarang رحمه الله تعالى
;
وَجَائِزٌ بِفَضـْلِهِ وَعَدْلِهِ
تَرْكٌ لِكُلِّ مُمْكِنٍ كَفِعْلِهِ
"Dengan anugerahNya dan keadilanNya, Allah Taala memiliki sifat harus (sifat harus bagi Allah) iaitu meninggalkan segala yang mumkin (yang harus ada dan tiada) seperti juga halnya Dia melakukannya (harus bagiNya melakukan segala sesuatu atau meninggalkannya)."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan