Hukum Keguguran
Alyasak Berhan
Pengurusan Jenazah
Ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa peniupan roh bagi janin tidak berlaku melainkan setelah ia berusia 4 bulan (120 hari) dalam kandungan (al-Fath al-Mubin 205).
Justeru, bayi keguguran (janin)
yang berusia kurang daripada 6 bulan dalam kandungan serta tiada tanda-tanda
ianya hidup semasa keguguran dan belum sempurna sifat kejadiannya, maka janin
tersebut hanya sunat dibalut dengan kain seterusnya sunat ditanam.
Bayi keguguran yang telah sempurna sifatnya (kurang 6 bulan) hanya perlu dimandikan, dikafankan dan ditanam tanpa disolatkan selagimana tiada tanda-tanda ia hidup. Hal ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Jabir radhiallahu 'anhu, daripada Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam;
Bayi keguguran yang telah sempurna sifatnya (kurang 6 bulan) hanya perlu dimandikan, dikafankan dan ditanam tanpa disolatkan selagimana tiada tanda-tanda ia hidup. Hal ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Jabir radhiallahu 'anhu, daripada Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam;
الطِّفْلُ لَا يُصَلَّى عَلَيْهِ وَلَا يَرِثُ وَلَا
يُورَثُ حَتَّى يَسْتَهِلَّ (رواه الترمذي
1032)
"Bayi yang keguguran tidak disolatkan, tidak mewarisi dan tidak diwarisi sehingga (didapati) menjerit (bersuara) ketika dilahirkan."
Namun, sekiranya janin tersebut hanya berbentuk zigot (sedikit darah
beku) atau embrio (berbentuk sepotong daging), maka janin tersebut hanya sunat
ditanam walaupun tanpa dibalut dengan kain.
Nama
Nama
Menurut Imam al-Nawawi, sunat juga diberikan nama bagi bayi yang
keguguran. Sekiranya tidak diketahui jantinanya, maka bayi tersebut dinamakan
dengan nama yang sesuai untuk kedua-dua jantina seperti Asma', Hindun,
Hunaidah, Khorijah, Tolhah, 'Umairah, Zur'ah dan seumpamanya (Al-Azkar 467).
Justeru, tuntutan meletakkan nama kepada bayi yang keguguran tersebut adalah
sekiranya ia telah ditiupkan roh (selepas berusia 4 bulan ke atas dalam
kandungan) (Tuhfah al-Muhtaj 373/9, Nihayah al-Muhtaj 147/8).
Menurut Ibn al-Nahwi, hadis berkaitan perintah memberi nama kepada bayi
yang keguguran adalah hadis gharib iaitu;
سَمُّوا السِّقْطَ
"Namakanlah bayi yang keguguran."(Diriwayatkan oleh al-Rafi'ie di dalam al-Tadwin no. 1579)
Diriwayatkan oleh Ibn al-Sunni (no. 417) juga dengan sanad yang lemah
berkaitan perihal Nabi sollallahu alaihi wa sallam telah memberikan nama kepada
bayi yang keguguran. Perihal tersebut telah diriwayatkan daripada Aisyah radhiallahu
anha iaitu;
"Aku telah keguguran seorang anak daripada Nabi sollallahu alaihi wa sallam. Lalu baginda menamakannya dengan nama Abdullah dan menggelarkanku dengan gelaran 'Ummu Abdullah'."
Diriwayatkan oleh al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (Bab al-'Aqiqah);
"Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Abdul Rahman bin Zaid bin Mu'awiyyah telah berbicara dengan Umar bin Abdul Aziz katanya; "Telah sampai kepadaku, bahawa bayi yang keguguran itu akan berjalan di belakang bapanya pada hari kiamat seraya berkata; "Engkau telah mensia-siakanku, engkau telah meninggalkanku tanpa nama."
Lalu Umar bin Abdul Aziz berkata; "Bagaimana pula kalau dia (bapa) tidak mengetahui sama ada bayi itu lelaki atau perempuan?". Abdul Rahman berkata; "Oleh itu, berikan nama-nama yang menghimpunkan (sesuai dengan) anak lelaki dan anak perempuan seperti Hamzah, 'Imarah, Talhah, 'Anbasah."
Akikah
Menurut Ibn Hajar dan
al-Syarqawi, tidak disunatkan untuk melakukan akikah bagi bayi yang keguguran
melainkan sekiranya bayi tersebut telah ditiupkan roh (selepas berusia empat
bulan dalam kandungan) sepertimana hukum memberikan nama (Bughyah
al-Mustarsyidin 258).
Darah Selepas Keguguran
Darah Selepas Keguguran
Darah yang keluar selepas
sesuatu keguguran adalah darah nifas meskipun janin yang keguguran tersebut masih berbentuk zigot
(gumpalan darah) atau embrio (berbentuk sepotong daging) serta bidan
mengesahkan bahawa ianya adalah janin (asal kejadian manusia) dengan syarat;
1) Darah tersebut keluar
sebelum berlalunya tempoh 15 hari suci selepas sesuatu kelahiran atau
keguguran
2) Darah tersebut keluar setelah rahim benar-benar kosong (kandungan tersebut sempurna keluar)
3) Darah tersebut keluar tidak melebihi tempoh 60 hari bermula setelah berlaku sesuatu kelahiran atau keguguran
4) Sekiranya darah tersebut terputus, disyaratkan darah pertama dan darah kedua (yang datang kemudian) tidak diselangi oleh tempoh 15 hari suci. Justeru, sekiranya ia diselangi oleh 15 hari tempoh suci, maka darah kedua dihukumkan sebagai darah haid dan bukan lagi darah nifas (al-Bujairimi
504/1, al-Taqrirat al-Sadidah 117, 163-164).
اليسع
Wallahu a’lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan