Khamis, 12 November 2015

Perempuan Mengaku Sudah Cerai & Suami Mengaku Bujang


PANDUAN HUKUM: Perempuan Mengaku Sudah Cerai & Suami Mengaku Bujang
Alyasak Berhan

Masalah 1: Perempuan Mengaku Sudah Cerai

Sekiranya seseorang wanita mengaku telah bercerai, drpd segi hukumnya adakah dia terus boleh dinikahkan atau kena siasat dahulu?

Jawapan kami;

Disyaratkan bagi calon isteri yang ingin dinikahi; dia bukan dalam ikatan pernikahan dan iddah orang lain.

Sekiranya perempuan tersebut mendakwa bahawa dia bukan dalam ikatan pernikahan dan iddah orang lain, maka harus menikahkannya selagimana tidak diketahui dia pernah mempunyai ikatan pernikahan yang lalu.

Namun, sekiranya diketahui bahawa dia pernah mempunyai ikatan pernikahan yang lalu, serta dia mendakwa suaminya telah menceraikannya atau dia mendakwa suaminya telah mati dan iddahnya telah tamat, maka haruslah bagi wali khasnya (bapa atau yang lain) untuk terus menikahkannya.

Walaubagaimanapun, keharusan tersebut adalah tertakluk kepada 2 perkara iaitu;

1) selagimana suami lamanya tidak mengingkari dakwaan wanita tersebut bahawa dia telah diceraikan
2) wanita tersebut tidak mengemukakan bayyinah (bukti) bahawa dia telah diceraikan.
Justeru, sekiranya pernikahan itu perlu dilaksanakan dengan menggunakan wali am (hakim), maka dia tidak harus dinikahkan melainkan setelah dakwaan-dakwaan tersebut disabitkan terlebih dahulu.
اليسع

Rujukan;

Hasyiah Ianah al-Tolibin 280/3

Masalah 2: Suami Mengaku Bujang

Salam. Nak tanya hukum, Lelaki yg dh kawin menipu wanita lain. Katanya dia orang bujang. @ tiada isteri. Perkataan Saya orang bujang @ saya tiada isteri. Adakah secara automatik boleh terjatuh talak terhadap isterinya di rumah ?

Jawapan kami;

Suami yang mengaku masih bujang sedangkan dia telahpun beristeri, maka menurut Syeikh al-Ramli perkataannya itu dikirakan sebagai kinayah. Oleh itu, jika suami meniatkan untuk menceraikan isterinya dengan pengakuan tersebut, maka jatuhlah talaq. Sebaliknya jika suami tidak meniatkan untuk menceraikan isterinya dengan pengakuan tersebut, maka talaq tidak jatuh.

Manakala menurut Syeikh al-Khatib al-Syirbini pula, pengakuan tersebut dikirakan sebagai lagha (sia-sia) atau tidak memberi apa-apa faedah.
اليسع
Rujukan;

- Hasyiah al-Qalyubi 362/3
- Al-Manhal al-Nadhdhokh 287

Wallahu a'lam

14 ulasan:

  1. Apakah hukum ya seorang isteri yang mengaku janda

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum ustaz..sy nk tnye apa hukum jika isteri mengaku dia janda sdngkn dia masih lagi isteri orang..status isteri

    BalasPadam
  3. Haram. Namun, ia tidak menjejaskan ikatan perkahwinannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maksudnya haram untuk suami isteri duduk sekali ke macam man

      Padam
  4. Assalammualaikum ustaz.. apakah hukum suami mengaku bercakap dlm bahasa English' im already divorce;bersertakan niat dia duda..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minta pasangan sahkan lafaz tersebut di mhkmh syariah berhampiran...

      Padam
  5. Assalammualaikum ustaz.. jika suami menghalau isteri ataw berkata berambus kau dari rumah ni,adakah terjatuh nya talak selepas isteri keluar dari rumah tu... Sampai bila isteri tak boleh keluar.. kalau keluar takut jatuh talak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam...sekadar halau tanpa niat apa², masih belum jatuh talak.

      Padam
  6. Assalamualaikum ustaz apa hukum isteri mengaku dia bujang

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum ustaz...apekah hukum kalau suami mengaku sudah ceraikan isteri kepada perempuan lain...sedangkan dia masih ada isteri yang sah....jatuh talak atau tidak ustaz??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minta mereka sahkan lafaz tersebut di mhkmh syariah berhampiran.

      Padam
  8. Apa hukum nya jika lelaki tu mengaku sudah bercerai?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minta mereka sahkan lafaz tersebut di mhkmh syariah berhampiran.

      Padam