* Sekadar gambar hiasan
Hukum Cium Dahi Isteri Di Depan Khalayak Ramai Selepas Akad
Secara umumnya, mencium isteri di depan umum termasuk dalam
kategori khawarim al-muru'ah (perkara yang boleh merosakkan maruah dan
kemuliaan akhlak seseorang). Imam al-Nawawi menyatakan di antara khawarimul
muru'ah tersebut adalah:
وَقُبْلَةُ زَوْجَةٍ وَأَمَةٍ بِحَضْرَةِ
النَّاسِ
"Mencium isteri dan hambanya di depan orang"
Al-Khatib al-Syirbini menambah:
)وَقُبْلَةُ زَوْجَةٍ وَأَمَةٍ ) لَهُ (بِحَضْرَةِ
النَّاسِ) أَوْ وَضْعِ يَدِهِ عَلَى مَوْضِعِ الِاسْتِمْتَاعِ مِنْهَا مِنْ صَدْرٍ
وَنَحْوِهِ...
"Mencium isteri dan hamba di depan orang atau meletakkan tangannya di bahagian tubuh isteri/hamba yang biasanya merupakan tempat berseronok-seronok, seperti pada dadanya atau seumpamanya...
Namun, perbuatan itu tidaklah termasuk dalam perkara-perkara
yang diharamkan. Sungguhpun demikian, mencium kepala isteri termasuklah dahinya
tidak termasuk dalam perkara-perkara yang boleh merosakkan maruah seseorang.
Hal ini disebutkan oleh Al-Khatib al-Syirbini;
وأما تقبيل الرأس ونحوه فلا يخل بالمروءة-مغني
المحتاج 575/4
"Adapun mencium kepala dan seumpamanya, maka tidaklah mencacatkan maruah."
Justeru itu, mencium dahi isteri selepas akad nikah tidaklah
haram sekiranya ia dilakukan bukan di masjid. Malah ianya juga tidak termasuk
dalam ketegori perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah seseorang. Namun,
sekiranya ia dilakukan di dalam masjid, terdapat dua perincian berkaitannya;
1) Ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa haram bagi
pasangan suami isteri mencium pasangannya ketika beriktikaf di dalam masjid
JIKA dengan syahwat.
2) Sekiranya pasangan suami isteri mencium pasangannya
ketika beriktikaf di dalam masjid sebagai tanda kemesraan dan penghormatan
tanpa syahwat, maka hukumnya adalah harus (Hasyiatain 77/2, al-Mausu'ah
al-Fiqhiyyah 131/13).
اليسع
Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan