WAKTU MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH
Alyasak Berhan
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ فَرَضَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ
صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّ وَالذَّكَرِ وَالْأُنْثَى وَالصَّغِيرِ
وَالْكَبِيرِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ
إِلَى الصَّلَاةِ
Diriwayatkan daripada Ibn Umar radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata : “Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam telah mewajibkan zakat fitrah iaitu satu gantang daripada kurma, atau satu gantang daripada sya’ir (gandum), ke atas setiap hamba, merdeka, lelaki, wanita, kecil dan besar daripada kaum muslimin. Baginda juga memerintahkan agar ia ditunaikan sebelum manusia keluar menunaikan solat (sunat Aidul Fitri) (Riwayat al-Bukhari no. 1503)
عَنْ
ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنْ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ
وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ مَنْ أَدَّاهَا قَبْلَ الصَّلَاةِ فَهِيَ زَكَاةٌ مَقْبُولَةٌ
وَمَنْ أَدَّاهَا بَعْدَ الصَّلَاةِ فَهِيَ صَدَقَةٌ مِنْ الصَّدَقَاتِ
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata : “Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam telah mewajibkan zakat fitrah untuk mensucikan orang yang berpuasa dari daripada perbuatan sia-sia dan perkataan keji, serta untuk memberi makan kepada orang miskin. Barangsiapa yang mengeluarkannya sebelum solat (sunat Aidul Fitri), maka ia merupakan zakat yang diterima dan barangsiapa yang mengeluarkannya sesudah solat (sunat Aidul Fitri), maka ia merupakan satu sedekah daripada sedekah-sedekah (sedekah biasa). (Riwayat Abi Daud no. 1609, Ibn Majah no. 1927 dan al-Daraqutni)
Waktu mengeluarkan zakat
fitrah terbahagi kepada 5 waktu, iaitu:
1. Waktu Wajib.
Dengan memperolehi sebahagian waktu
daripada bulan Ramadhan dan sebahagian waktu daripada bulan Syawal; iaitu
seseorang yang hidup dan memenuhi syarat-syarat wajib zakat ketika tenggelam
matahari malam hari raya (1 Syawal).
2. Waktu fadhilah
(sunnah).
Hari raya (1 Syawal) setelah
terbit fajar (subuh) dan sebelum menunaikan solat hari raya Aidul Fitri. Paling
afdhalnya adalah waktu selepas solat subuh.
3. Waktu Harus.
Iaitu, mulai dari awal bulan
Ramadhan.
4. Waktu Makruh.
Iaitu, setelah solat Aidul
Fitri sehingga tenggelamnya matahari 1 Syawal melainkan kerana kemaslahatan
seperti menanti kerabat atau orang fakir yang soleh (maka hukumnya tidak
makruh).
5. Waktu haram.
Melambatkan zakat fitrah
sehingga tenggelam matahari hari raya (1 Syawal) melainkan kerana keuzuran.
Maka harus melewatkan zakat kerana keuzuran seperti menunggu hartanya yang tiada
(bersamanya) atau tidak menemui orang yang berhak menerima zakat ketika itu.
Justeru, zakat tersebut diambilkira sebagai zakat qadha' dan dia tidak berdosa
(kerana ada keuzuran).
اليسع
Wallahu A’lam...
Rujukan;
Al-Taqrirat al-Sadidah fi
al-Masail al-Mufidah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan