Buku Tatacara Akad
Nikah Menurut Mazhab Syafi‘i
Buku terbaru terbitan Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Khusus membicarakan tentang salah satu
rukun nikah yang lima (5 rukun di sisi Syeikh al-Ramli & al-Khatib al-Syirbini), iaitu sighah (lafaz akad) berdasarkan Mazhab Syafi‘i.
Buku yang mempunyai 31 halaman ini disusun
sebagai panduan dalam urusan melaksanakan majlis akad nikah terutamanya kepada
Pendaftar/Timb. Pendaftar/Pen. Pendaftar Pernikahan, Perceraian dan Rujuk di
Negeri Sembilan. Pernah dibentangkan untuk Muzakarah Tafaqquh Munakahat Pen.
Pendaftar Pernikahan, Perceraian dan Rujuk Kariah Masjid Negeri Sembilan siri
1/2016 & siri 2/2016 anjuran Bahagian Undang-undang Keluarga Islam, JHEAINS.
Isi Kandungan :
- Kata-kata Aluan Pengarah JHEAINS
- Kata-kata Aluan Mufti Kerajaan Negeri, N.
Sembilan
- Pendahuluan
- Lafaz Akad Nikah (sighah)
-
Syarat-syarat Akad Nikah
- Akad Nikah Menurut Undang-undang Syariah
- Kesan Akad Yang Sah
- Perkara-perkara Yang Dianjurkan Semasa Akad
Nikah
- Hukum-hakam Berkaitan
- Rujukan
Mudah-mudahan sedikit maklumat yang dikongsikan
di dalam risalah kecil ini memberi faedah dan manfaat kepada masyarakat Islam umum khususnya
individu-individu yang terlibat dengan proses akad nikah, Insyaallah.
“Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah Engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.”(93:11).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan