Buku “Anakku Soleh : Menyambut
Kelahiran Bayi”
Alhamdulillah, telah terbit buku terbaru susunan al-faqir berjudul “Anakku Soleh : Menyambut Kelahiran
Bayi”. Buku ini diterbitkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Negeri Sembilan
Darul Khusus dengan diberikan kata-kata aluan oleh Yb SS Dato' Hj. Mohd Yusof
bin Hj. Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan (salah seorang penyemak). Buku
yang mengandungi 38 muka surat bercetak ini, disusun bertujuan menerangkan pembaca,
cara-cara dan perkara-perkara yang dianjurkan kepada pasangan semasa menyambut
kelahiran bayi berdasarkan panduan al-Quran, Sunnah Nabi sollallahu alaihi wa
sallam, ulamak ‘amilin serta daripada amalan-amalan Salafus Soleh
agar kegembiraan di saat menyambut bayi ini diwarnai dengan perkara-perkara
yang diredhai oleh Allah Taala.
Buku ini memaparkan 12
perkara-perkara yang dianjurkan semasa semasa menyambut kelahiran bayi secara
ringkas dan padat. Kemudian ia diakhiri dengan kesimpulan ringkas berkaitan
perkara-perkara tersebut. Justeru, buku ini amat sesuai ditatap dan dimiliki
oleh pasangan-pasangan yang bakal menimang cahaya mata. Malah, ia sesuai juga
dijadikan sebagai hadiah dan cenderahati berbentuk ilmiah kepada
pasangan-pasangan yang baru mendirikan rumahtangga.
Mudah-mudahan sedikit maklumat
yang dikongsikan di dalam buku ini mampu meraih keredhaan Allah Taala dan dapat
memberi manfaat kepada semua umat Islam dalam usaha membina generasi yang
unggul.
Buku ini boleh diperolehi dengan
harga RM 6 senaskah di alamat berikut:
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan,
Tingkat 1 (kedai buku JMKNNS),
Bangunan SUK Lama, Jalan Dato' Hamzah,
70990 Seremban,
Negeri Sembilan.
Tel : 06-7652416
Fax : 06-7652427
Tiada ulasan:
Catat Ulasan