PANDUAN HUKUM: HUKUM KEPUTIHAN
WANITA
Alyasak bin Berhan
Terdapat perbezaan antara
kelembapan faraj (air basahan faraj) dan cecair keputihan sepertimana berikut;
1. Kelembapan atau basahan
faraj (رطوبة
الفرج) terhasil daripada cecair jernih iaitu, antara warna air mazi
dan peluh. Dikatakan bahawa basahan ini disebabkan oleh lembapan peluh yang
datang dari had zahir faraj wanita. Bandingannya adalah seperti air liur yang
terdapat di dalam mulut manusia. Maka ia menjadikan faraj wanita sentiasa
lembap untuk membantu mengelakkan kulit faraj daripada kering dan melekat.
Justeru, basahan atau kelembapan faraj yang disebabkan oleh cecair yang datang
dari had zahir faraj wanita ini dihukumkan suci dan tidak membatalkan wuduk.
Had zahir faraj adalah bahagian faraj yang wajib dibasuh ketika istinjak dan mandi wajib iaitu, bahagian yang terzahir ketika duduk mencangkung.
2. Keputihan pula adalah
cecair yang datang dari bahagian batin faraj yang keluar seperti air mazi, air
wadi dan sebagainya. Menurut penelitian, ia menyerupai gam pekat yang berwarna
putih dan kadang-kadang warnanya bercampur ke arah kekuningan atau sedikit
hijau. Justeru, keputihan ini adalah najis dan membatalkan wuduk kerana ia
keluar dari bahagian dalaman rongga faraj iaitu, bahagian faraj yang tidak wajib dibasuh ketika
istinjak dan mandi wajib.
Had batin faraj adalah bahagian faraj yang tidak wajib dibasuh ketika istinjak dan mandi wajib iaitu, bahagian dalaman rongga faraj.
Kesimpulannya, cecair atau
kelembapan faraj ada yang keluar dari zahir dan ada yang keluar dari batinnya.
Oleh itu, hukumnya dibahagikan kepada 3 iaitu;
1) Suci - cecair atau
kelembapan yang keluar dari bahagian faraj yang wajib dibasuh ketika istinjak dan mandi wajib iaitu, bahagian yang terzahir ketika duduk mencangkung (had zahir). Ia adalah suci dan tidak membatalkan wuduk.
2) Najis - cecair atau
kelembapan yang keluar dari batin faraj iaitu, bahagian dalaman rongga faraj yang tidak boleh sampai
kepadanya zakar yang pertengahan panjang (normal). Ia adalah najis dan membatalkan wuduk.
3) Khilaf - cecair atau kelembapan yang
keluar dari bahagian faraj yang tidak wajib dibasuh ketika istinjak dan mandi wajib iaitu, tempat yang
boleh sampai kepadanya zakar yang pertengahan panjang (normal). Ia boleh membatalkan wuduk.
Walau bagaimanapun, ulama berbeza pandangan berkaitan kesuciannya sepertimana berikut:
a) Menurut Syeikh Ibn Hajar di dalam Kitab Tuhfah al-Muhtaj, ia adalah suci.
b) Menurut Imam al-Nawawi di dalam Kitab al-Majmuk, Syeikh Ibn Hajar di dalam Syarh al-Irsyad, al-Khatib al-Syirbini dan Syeikh al-Ramli, ia adalah najis kerana dikira sebagai cecair atau kelembapan yang keluar dari bahagian dalaman rongga faraj.
اليسع
Wallahu a‘lam.Walau bagaimanapun, ulama berbeza pandangan berkaitan kesuciannya sepertimana berikut:
a) Menurut Syeikh Ibn Hajar di dalam Kitab Tuhfah al-Muhtaj, ia adalah suci.
b) Menurut Imam al-Nawawi di dalam Kitab al-Majmuk, Syeikh Ibn Hajar di dalam Syarh al-Irsyad, al-Khatib al-Syirbini dan Syeikh al-Ramli, ia adalah najis kerana dikira sebagai cecair atau kelembapan yang keluar dari bahagian dalaman rongga faraj.
اليسع
Rujukan:
- Tuhfah al-Muhtaj
- Nihayah al-Muhtaj
- Mughni al-Muhtaj
- Hasyiah I‘anah al-Talibin
- Nihayah al-Muhtaj
- Mughni al-Muhtaj
- Hasyiah I‘anah al-Talibin
- Bughyah al-Mustarsyidin
- Tarsyih al-Mustafidin
- Al-Manhal al-Nadhdhakh
- Izalah al-Iltibas
- al-Ibanah wa al-Ifadhah
- Tarsyih al-Mustafidin
- Al-Manhal al-Nadhdhakh
- Izalah al-Iltibas
- al-Ibanah wa al-Ifadhah
- Tuhfah al-A‘izza'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan