Rabu, 27 Julai 2016

Menghadiahkan Pahala Bacaan al-Quran kepada Arwah Menurut Pandangan Ulamak Mazhab Syafi’i.


Menghadiahkan Pahala Bacaan al-Quran kepada Arwah Menurut Pandangan Ulamak Mazhab Syafi’i.
Alyasak Berhan

Permasalahan ini merupakan salah satu daripada masalah-masalah khilafiyyah yang tidak disepakati oleh ulamak-ulamak terdahulu. Secara kesimpulannya, terdapat dua pendapat ulamak Mazhab Syafi’i berkaitannya sepertimana berikut;

Pendapat pertama

Menurut pendapat al-Masyhur dalam Mazhab al-Syafi’i, pahala bacaan al-Quran tidak akan sampai kepada arwah. Walaubagaimanapun, pendapat ini merupakan pendapat yang dhaif di sisi ulamak mutaakkhirin Mazhab al-Syafi’i.

Maklumat berkaitan Qaul al-Masyhur ini boleh dirujuk pada link; 

Pendapat kedua.

Menurut pandangan sebahagian besar ulamak Mazhab al-Syafi’i mengatakan harus menghadiahkan pahala bacaan al-Quran kepada arwah. Pendapat ini adalah merupakan pendapat yang muktamad di dalam Mazhab al-Syafi’i.

Antara ulamak Mazhab al-Syafi’i yang berpegang dengan pendapat ini adalah seperti Ibn Solah, al-Muhib al-Tobari, al-Subki, Ibn Abi al-Dam, pengarang al-Zakhair dan Ibn Abi ‘Asrun. Sesungguhnya Imam al-Syafi’i telah menganjurkan supaya dibacakan al-Quran di sisi mayat dan berdoa selepas bacaan tersebut supaya pahala bacaan al-Quran sampai kepada arwah. Ini kerana berdoa ketika itu adalah lebih diharapkan penerimaannya serta diharapkan juga supaya arwah akan memperolehi keberkatan daripada bacaan tersebut sepertimana yang diperolehi oleh orang yang masih hidup.

Oleh kerana ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa doa kepada arwah adalah harus dan dapat memberi manfaat kepadanya (sampai kepada arwah), maka sayugialah kepada pembaca supaya berdoa selepas bacaan al-Quran tersebut agar pahalanya sampai kepada arwah seperti contoh:
اللَّهُمَّ أَوْصِلْ ثَوَابَ مَا قَرَأْتُ لِفُلاَنٍ ...
“Ya Allah, sampaikanlah pahala (sepertimana pahala) apa yang telah aku bacakan ini bagi (kepada) fulan…..”
Ulamak Mazhab al-Syafi’i mengihtimalkan (mengandaikan) pendapat al-Masyhur Mazhab al-Syafi’i yang menghukumkan pahala bacaan al-Quran tersebut tidak sampai kepada arwah adalah sekiranya;

a)      Ia dibaca bukan di sisi mayat atau 
b)      pembaca tidak meniatkan pahala bacaan tersebut dihadiahkan kepada arwah atau
c)   pembaca hanya meniatkan pahala tersebut sampai kepada arwah tanpa berdoa selepasnya.

Oleh itu, menurut Syeikh al-Ramli pahala bacaan al-Quran boleh memberi manfaat kepada arwah (sampai pahala bacaannya) jika terdapat salah satu daripada tiga perkara iaitu;

a)      Pembacaan dilakukan di sisi mayat atau kuburnya.
b)   Berdoa untuk arwah sesudah membaca al-Quran yakni memohon agar disampaikan pahala bacaan tersebut kepada arwah (walaupun jauh daripada mayat atau kubur).
c)      Meniatkan pahala bacaan itu sampai kepada arwah.

Menurut Syeikh Ibn Hajar dan Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari pula, pahala bacaan al-Quran tidak boleh memberi manfaat (tidak sampai pahala bacaannya) kepada arwah  jika terdapat salah satu daripada dua perkara iaitu;

a)      Pembacaan dilakukan di sisi mayat atau kuburnya tanpa meniatkan pahala tersebut untuk arwah atau
b)     pembacaan dilakukan bukan di sisi mayat atau kuburnya serta pembaca hanya berniat sahaja supaya pahala sampai kepada arwah tanpa berdoa sesudah membaca al-Quran tersebut.

Justeru itu, berdasarkan pendapat Syeikh Ibn Hajar dan Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari ini pahala bacaan al-Quran hanya boleh memberi manfaat kepada arwah (sampai pahala bacaannya) jika;

a)      Sekiranya pembacaan dilakukan di sisi mayat atau kuburnya, maka pembaca mestilah meniatkan pahala tersebut untuk arwah.
b)      Sekiranya  pembacaan dilakukan bukan di sisi mayat atau kuburnya, maka pembaca mestilah berniat dan berdoa sesudah membaca al-Quran tersebut supaya pahala bacaan sampai kepada arwah.


Oleh itu, sekiranya pembacaan dilakukan bukan di sisi mayat atau kuburnya dan pembaca hanya meniatkan pahala tersebut untuk arwah tanpa diiringi dengan doa, maka menurut Syeikh al-Ramli pahala bacaan al-Quran boleh memberi manfaat kepada arwah (sampai pahala bacaannya). Menurut Syeikh Ibn Hajar pula, hanya hasil pahala manfaat sahaja (disempurnakan rahmat daripada bacaan al-Quran tersebut) bukannya pahala bacaan (kepada arwah).
اليسع
ًWallahu A'lam.

Rujukan;

Khatam al-Quran dan Permasalahan yang berkaitan dengannya. (Julai, 2014) http://tolibilmi.blogspot.my/2015/11/buku-khatam-al-quran-dan-permasalahan.html

Jumaat, 1 Julai 2016

Hukum Menggabungkan Puasa Qadha dan Enam Hari Bulan Syawal dengan Satu Niat


Hukum Menggabungkan Puasa Qadha dan Enam Hari Bulan Syawal dengan Satu Niat

Apakah boleh melakukan puasa qadha dan enam hari bulan Syawal dalam satu waktu dan dengan satu niat? (Permohonan fatwa No. 2105 tahun 2003)



Jawaban : Mufti Prof. Dr. Ali Jum'ah Muhammad 



Sebagian besar ulama berpendapat boleh menggabungkan niat puasa sunah ke dalam puasa wajib dan tidak sebaliknya. Artinya tidak boleh menggabungkan niat puasa wajib ke dalam puasa sunah. Oleh karena itu, seorang muslimah yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Syawal, berarti telah menyelesaikan kewajiban qadhanya, dan dalam satu waktu ia dianggap telah melaksanakan puasa enam hari Syawal serta memperoleh pahalanya. Hal itu karena puasa qadha itu berlangsung atau dilakukan pada bulan Syawal. 



Permasalahan ini dikiyaskan dengan seseorang yang masuk ke dalam masjid lalu sebelum duduk ia melaksanakan shalat dua rakaat dengan niat shalat fardu atau sunah rawatib. Dengan melaksanakan shalat dua rakaat itu ia dianggap telah melaksanakan shalat Tahiyatul masjid, karena dia telah melaksanakan shalat itu sebelum duduk di dalam masjid. 


Al-Bujairimi, dalam al-Hâsyiyah-nya, berkata, 
"Keutamaan pahala shalat Tahiyatul masjid dapat diperoleh dengan melakukan shalat dua rakaat atau lebih ketika masuk ke dalam masjid, baik itu shalat fardu maupun shalat sunah, dan baik ia meniatkan shalat sunah Tahiyatul masjid bersamaan dengan pelaksanaan shalat tersebut ataupun tidak.

Hal ini sesuai dengan hadits Bukhari dan Muslim؛

,إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمُ الْمَسْجِدَ فَلاَ يَجْلِسَ حَتَّى يُصَلِّىَ رَكْعَتَيْنِ "

Jika salah seorang dari kalian masuk ke dalam masjid, maka hendaknya dia tidak duduk sampai melaksanakan shalat dua rakaat." 

Di samping itu, maksud disyariatkannya shalat Tahiyatul masjid adalah dilaksanakannya ibadah shalat sebelum seseorang duduk di dalam masjid, dan hal ini telah tercapai dengan shalat tersebut." 

Adapun dalam masalah puasa, maka Imam as-Suyuthi di dalam kitab al-Asybâh wan-Nazhâ`ir mengatakan, 
"Seandainya seseorang berpuasa qadha, nazar atau kafarat di hari Arafah, dan ketika itu ia meniatkan puasa Arafah juga, maka dalam masalah ini al-Barizi menfatwakan bahwa puasa orang itu sah dan ia dianggap telah melakukan kedua jenis puasa yang diniatkan itu." 

Namun perlu kami ingatkan bahwa maksud diperolehnya pahala dari puasa enam hari Syawal itu adalah pahala melakukan kesunahan, bukan pahala puasa Syawal secara sempurna. 

Ar-Ramli mengatakan dalam kitab Nihâyatul-Muhtâj, 
"Seandainya seseorang berpuasa qadha, nazar atau yang lainnya di hari 'Asyura, misalnya, maka ia juga mendapatkan pahala kesunahan berpuasa pada hari Asyura, sebagaimana difatwakan oleh ayah saya –rahimahullah—sesuai dengan pendapat al-Barizi, al-Ashfuni, an-Nasyiri, al-Faqih Ali bin Shalih al-Hadhrami dan yang lainnya. Akan tetapi orang tersebut tidak memperoleh pahala yang sempurna dari apa yang diperintahkan", yakni menyusuli puasa Ramadhan dengan puasa Syawal selama enam hari. 
Wallahu subhânahu wa ta'âlâ a'lam.

Fatwa Mufti Mesir


Nomor Urut : 2877
Tanggal Jawaban : 22/12/2003

http://www.dar-alifta.org/ViewFatwa.aspx?ID=2877&LangID=5&MuftiType=0



Kesimpulan

Walaupun para fuqaha' Mazhab Syafi'i berbeza pandangan tentang keharusan menggabungkan puasa qadha' dan puasa sunat sepertimana yang telah dinyatakan dalam kenyataan di atas, namun melakukan puasa tersebut secara berasingan adalah lebih afdhal. Hal ini sesuai dengan kaedah fiqh;
(الْخُرُوجُ مِنْ الْخِلَافِ مُسْتَحَبٌّ (القاعدة الثانية عشرة,الأشباه والنظائر: 136
“Keluar daripada khilaf merupakan perkara yang dianjurkan.”
Malahan, melakukan puasa tersebut secara berasingan dapat memperbanyakkan lagi ibadat kepada Allah Taala. Disebutkan dalam sebuah kaedah fiqh;
(مَا كَانَ أَكْثَرَ فِعْلًا ، كَانَ أَكْثَرَ فَضْلًا (القاعدة التاسعة العشر,الأشباه والنظائر: 143
“Apa yang lebih banyak perbuatan maka lebih banyak kelebihan.”
اليسع
Wallahu a'lam.

Hukum Menyiram Air dan Menabur Bunga Atas Kubur

Hukum Menyiram Air dan Menabur Bunga Atas Kubur
Alyasak Berhan

Nabi sollallahu alaihi wa sallam  bersabda:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما قَالَ : مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحَائِطٍ مِنْ حِيطَانِ الْمَدِينَةِ أَوْ مَكَّةَ ، فَسَمِعَ صَوْتَ إِنْسَانَيْنِ يُعَذَّبَانِ فِي قُبُورِهِمَا ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يُعَذَّبَانِ ، وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ ، ثُمَّ قَالَ : بَلَى ، كَانَ أَحَدُهُمَا لا يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ ، وَكَانَ الآخَرُ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ ، ثُمَّ دَعَا بِجَرِيدَةٍ فَكَسَرَهَا كِسْرَتَيْنِ ، فَوَضَعَ عَلَى كُلِّ قَبْرٍ مِنْهُمَا كِسْرَةً . فَقِيلَ لَهُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، لِمَ فَعَلْتَ هَذَا ؟ قَالَ : لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفَ عَنْهُمَا مَا لَمْ تَيْبَسَا (رواه البخاري 216 ومسلم 292(
Daripada Ibnu Abbas radhiallahu anhuma, beliau berkata, Nabi sollallahu alaihi wa sallam melintasi sebuah tembok daripada tembok-tembok di Madinah atau Mekah, lalu baginda mendengar suara dua orang manusia yang sedang diseksa di dalam kubur mereka, maka Nabi sollallahu alaihi wa sallam mengatakan, “Kedua-duanya sedang disiksa, tetapi bukan kerana dosa besar. Bahkan yang seorang tidak menyucikan daripada kencing dan seorang lagi tukang fitnah.” Kemudian Nabi sollallahu alaihi wa sallam menyuruh supaya mengambil pelepah tamar yang masih hijau lalu dibelah dua. Kemudian masing-masing diletakkan pada setiap perkuburan. Ada yang bertanya, Ya Rasulullah kenapa engkau lakukan ini? Jawab Baginda, “Mudah-mudahan keduanya dapat meringankan siksaannya selama belum kering. (Muttafaqun ‘alaihi)

Disebutkan oleh oleh Syeikh Nawawi al-Bantani dalam Nihayah al-Zain :

وَيُنْدَبُ رَشُّ الْقَبْرِ بِمَاءٍ باَرِدٍ تَفاَؤُلاً بِبُرُوْدَةِ الْمَضْجِعِ وَلاَ بَأْسَ بِقَلِيْلٍ مِنْ مَّاءِ الْوَرْدِ ِلأَنَّ الْمَلاَئِكَةَ تُحِبُّ الرَّائِحَةَ الطِّيْبِة
“Disunatkan menyiram kubur dengan air yang dingin sebagai pengharapan dinginnya tempat pembaringan (kubur) dan  juga tidak mengapa menyiram kubur dengan sedikit air mawar, kerana malaikat suka pada bau-bauan yang harum.” (Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 2002:150)

وَيُنْدَبُ وَضْعُ الشَّيْءِ الرَّطْبِ على القبر كَالْجَرِيْدِ الْأَحْضَرِ وَالرَّيْحَانِ، لِأَنَّهُ يَسْتَغْفِرُ لِلْمَيِّتِ مَا دَامَ رَطْباً
“Disunatkan meletakkan sesuatu yang masih basah (segar) atas kubur seperti pelepah kurma yang masih hijau dan tumbuhan-tumbuhan yang harum, kerana ia meminta keampunan bagi mayat selama ia dalam keadaan basah (segar).” (Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 2002:159)

Dalam Kitab Fath al-Mu’in, Zainuddin al-Malibary mengatakan:

يُسَنُّ وَضْعُ جَرِيْدَةٍ خَضْرَاءَ عَلَى الْقَبْرِ لِلْإ تِّباَعِ وَلِأَنَّهُ يُخَفِّفُ عَنْهُ بِبَرَكَةِ تَسْبِيْحِهَا وَقيِْسَ بِهَا مَا اعْتِيْدَ مِنْ طَرْحِ نَحْوِ الرَّيْحَانِ الرَّطْبِ
“Disunatkan meletakkan pelepah kurma yang masih hijau di atas kubur, kerana hal ini mengikuti sunnah Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam dan kerana ia dapat meringankan beban si mayat dengan keberkatan tasbihnya dan diqiaskan dengannya apa yang menjadi adat kebiasaan, iaitu daripada menabur seumpama bunga harum yang  masih segar.”

Dalam Kitab I’anah al-Talibin, al-Sayyid al-Bakri mengatakan;

ويسن أيضا وضع حجر أو خشبة عند رأس الميت لأنه صلى الله عليه و سلم وضع عند رأس عثمان بن مظعون صخرة، ,  وقال: أتعلم  بها قبر أخي لأدفن فيه من مات من أهلي. و رش القبر بالماء لئلا ينسفه الريح، و لأنه صلى الله عليه و سلم فعل ذلك بقبر ابنه إبراهيم راوه الشافعي، وبقبر سعد رواه ابن ماجه، وأمر به في قبر عثمان بن مظعون راوه الترمذي. وسعد هذا هو ابن معاذ. ويستحب ان يكون الماء طاهر طهورا باردا، تفاؤلا بأن الله تعالى يبرد مضجعه. ويكره رشه بماء ورد و نحوه، لأنه إسراف و إضاعة مال...

“Dan disunnatkan meletakkan batu atau kayu (nisan) di sisi kepala mayyit, kerana bahawasanya Junjungan Nabi sollallahu alaihi wa sallam meletakkan sebiji batu besar (nisan) di sisi kepala (kubur) 'Usman bin Maz`un, dan baginda bersabda: "Agar diketahui dengannya kubur saudaraku supaya aku boleh mengkebumikan padanya sesiapa yang mati daripada keluargaku". Dan (disunnatkan) menyiram (menjirus) kubur dengan air agar debu-debu tanah tidak ditiup angin dan kerana bahawasanya Junjungan Nabi sollallahu alaihi wa sallam melakukan sedemikian pada kubur anakanda baginda Sayyidina Ibrahim sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Syafi`i; dan juga pada kubur Sa`ad (iaitu Sa`ad bin Mu`az) sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah, dan Junjungan sollallahu alaihi wa sallam telah memerintahkan dengannya (yakni dengan menjirus air) pada kubur Sayyidina 'Usman bin Maz`un sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi. Dan yang mustahab (dituntut) adalah air tersebut suci lagi mensucikan dan sejuk, sebagai tafa`ul (mengambil sempena) mudah-mudahan Allah Taala menyejukkan kubur si mati (yakni menyamankan keadaan si mati di tempat perbaringannya dalam kubur tersebut). Dan makruh menyiram atau menjirus dengan air mawar atau seumpamanya kerana perbuatan tersebut adalah satu pembaziran dan mensia-siakan harta.(Dar Kutub al-Ilmiyyah, 1995:198-199)

Syeikh al-Khatib al-Syirbini dalam kitab Mughni al-Muhtaj (Dar al-Makrifah, 1997: 1/541) mengatakan:

)ويندب أن يرش القبر بماء) لأنه صلى الله عليه وسلم فعله بقبر ولده إبراهيم رواه أبو داود في مراسيله وتفاؤلا بالرحمة وتبريد المضجع الميت ولأن فيه حفظا للتراب أن يتناثر قال الأذرعي : الأولى أن يكون طهورا باردا والظاهر كراهته بالنجس أو تحريمه اه
والذي ينبغي الكراهة... وخرج بالماء من الورد فالرش به مكروه كما في زيادة الروضة لأنه إضاعة مال قال الإسنوي : ولو قيل بتحريمه لم يبعد وقال السبكي : لا بأس باليسير منه إذا قصد به حضور الملائكة لأنها تحب الرائحة الطيبة ولعل هذا هو مانع الحرمة من إضاعة المال ويكره أيضا أن يطلى بالخلوق

“Disunatkan menjiruskan kubur dengan air kerana Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam pernah melakukannya pada kubur anaknya Ibrahim sepertimana yang diriwayatakan oleh Abu Daud dalam Kitab Marasilnya, dan sebagai tafa`ul (mengambil sempena) mudah-mudahan turunnya rahmat Allah Taala ke atas empunya kubur dan agar ia dapat menyejukkan kubur si mati (yakni menyamankan keadaan si mati di tempat perbaringannya dalam kubur tersebut). Selain itu ia bertujuan supaya (dengan menjirus air tersebut) terpelihara  daripada debu-debu tanah yang ditiup angin. Kata al-Azra’ei, yang lebih utamanya air tersebut adalah air yang suci lagi sejuk dan apa yang jelasnya makruh atau haram menggunakan air najis...Tidak termasuk dalam ertikata air tadi (yang disunatkan jirus ke atas kubur), iaitu air mawar. Maka menjirus kubur dengan air mawar adalah makruh sepertimana yang disebut dalam Ziyadah al-Raudhah kerana ia dikira mensia-siakan harta.Kata al-Isnawi, kalau dikatakan hukumnya haram pun tidak terlalu jauh.
Al-Subki mengatakan bahawa tidak mengapa menyiram kubur dengan sedikit air mawar sekiranya berniat agar malaikat hadir kerana malaikat suka pada bau-bauan yang harum. Mudah-mudahan dengan niat yang sedemikian menjadi penegah daripada berlakunya hukum haram iaitu kerana mensia-siakan harta.
Makruh juga melumurkan kubur dengan wangi-wangian.”

ويسن أيضا وضع الجريد الأخضر على القبر وكذا الريحان ونحوه من الشيء الرطب ولا يجوز للغير أخذه من على القبر قبل يبسه لأن صاحبه لم يعرض عنه إلا عند يبسه لزوال نفعه الذي كان فيه وقت رطوبته وهو الاستغفار و أن يوضع ( عند رأسه حجر أو خشبة ) أو نحو ذلك لأنه صلى الله عليه وسلم وضع عند رأس عثمان بن مظعون صخرة وقال أتعلم بها قبر أخي لأدفن إليه من مات من أهلي رواه أبو داود وعن الماوردي استحباب ذلك عند رجليه أيضا

“Disunatkan juga meletakkan pelepah kurma hijau (basah) di atas kubur, begitu juga tumbuh-tumbuhan yang berbau harum dan seumpamanya yang masih basah. Haram bagi orang lain mengambilnya dari atas kubur sebelum ianya kering kerana pemiliknya tidak akan berpaling daripadanya kecuali setelah ia kering sebab telah hilang manfaat yang dikehendakinya daripada benda-benda tersebut iaitu selagi benda tersebut masih basah maka ia akan terus memohon keampunan kepadanya (empunya kubur). Dan diletakkan batu atau sepotong kayu atau yang seumpamanya berhampiran kepala kubur kerana Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam telah meletakkan sebuah batu di kepala kubur ‘Usman Bin Maz’un seraya berkata : "Agar diketahui dengannya kubur saudaraku supaya aku boleh mengkebumikan padanya sesiapa yang mati daripada keluargaku" (HR. Abu Daud), Menurut al-Mawardi sunat juga meletakkan tanda tersebut di kedua kaki mayat (kubur)”.
اليسع
Wallahu a’lam.


Hukum Mengucapkan Tahniah di Hari Raya

Hukum Mengucapkan Tahniah di Hari Raya
 Alyasak Berhan

Disebutkan oleh al-Khatib al-Syirbini dalam Mughni al-Muhtaj (470-471/1) dan al-Iqna’(beserta Hasyiah al-Bujairimi 454-455/2), Syams al-Ramli dalam Nihayah al-Muhtaj (401-402/2) ;

قال القمولي : لم أر لأصحابنا كلاما في التهنئة بالعيد والأعوام والأشهر كما يفعله الناس ، لكن نقل الحافظ المنذري عن الحافظ المقدسي أنه أجاب عن ذلك بأن الناس لم يزالوا مختلفين فيه ، والذي أراه أنه مباح لا سنة فيه ولا بدعة ا هـ .

وأجاب عنه الشهاب@شيخ الإسلام حافظ عصره ابن حجر بعد اطلاعه على ذلك بأنها مشروعة ، واحتج له بأن البيهقي عقد لذلك بابا فقال : باب ما روي في قول الناس بعضهم لبعض في يوم العيد تقبل الله منا ومنك ، وساق ما ذكره من أخبار وآثار ضعيفة لكن مجموعها يحتج به في مثل ذلك ، ثم قال : ويحتج لعموم التهنئة لما يحدث من نعمة ، أو يندفع من نقمة بمشروعية سجود الشكر والتعزية ، وبما في الصحيحين عن كعب بن مالك في قصة توبته لما تخلف عن غزوة تبوك أنه لما بشر بقبول توبته ومضى إلى النبي صلى الله عليه وسلم قام إليه طلحة بن عبيد الله فهنأه .

Kata al-Qamuli “Aku belum pernah melihat sebarang perbincangan oleh Ashabuna (ulama mazhab Syafi’i) tentang ucapan tahniah sempena Hari Raya, tahun-tahun dan bulan-bulan tertentu, sebagaimana yang dilakukan oleh orang ramai. Tetapi al-Hafiz al-Munziri ada menukilkan dari al-Hafiz al-Maqdisi bahawa beliau ada menjawab tentang masalah tersebut. Menurutnya, manusia masih terus berselisih mengenainya dan menurut pendapat saya, ianya adalah harus, iaitu tidak sunnah dan tidak pula bidaah padanya”.
 Jawab al-Sihab@Syeikh al-Islam, Hafiz pada zamannya Ibn Hajar mengenainya setelah beliau mentelaah isu berkenaan bahawa ianya (ucapan tahniah) adalah disyariatkan. Beliau berhujah bahawa al-Baihaqi telah meletakkan satu bab tentangnya dengan kata beliau; ‘Bab apa yang diriwayatkan mengenai kata-kata orang antara satu sama lain pada Hari Raya (تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك)’, dan beliau mengemukakan beberapa khabar dan athar yang dhaif, tetapi boleh dibuat hujah dengan himpunan kesemuanya itu dalam perkara seumpama demikian. Kemudian katanya “ Juga dapat dibuat hujah berdasarkan keumuman ucapan tahniah kerana suatu nikmat yang diperoleh, atau suatu bencana yang terhindar, dengan disyariatkan sujud syukur dan ucapan takziah, dan juga dengan hadis yang terdapat dalam Sahihain; daripada Kaab bin Malik radhiallahu anhu dalam kisah taubat beliau kerana meninggalkan Perang Tabuk, bahawa beliau semasa diberitakan tentang penerimaan taubatnya dan berjalan menuju kepada Nabi sollallahu alaihi wa sallam, Talhah bin ‘Ubaidillah telah mendapatkannya dan mengucapkan tahniah kepada beliau (padahal Nabi sollallahu alaihi wa sallam telah mengiyakannya).”

قال ع ش : (قوله : تقبل الله منا ومنك) أي نحو ذلك مما جرت به العادة في التهنئة ومنه المصافحة ، ويؤخذ من قوله في يوم العيد أنها لا تطلب في أيام التشريق وما بعد يوم عيد الفطر ، لكن جرت عادة الناس بالتهنئة في هذه الأيام ، ولا مانع منه ؛ لأن المقصود منه التودد وإظهار السرور ، ويؤخذ من قوله أيضا في يوم العيد أن وقت التهنئة يدخل بالفجر لا بليلة العيد خلافا لما ببعض الهوامش فليراجع

Al-Shabramallisi atau al-Shubramillisi (401-402/2) mengatakan; “...berhubung kata-kata (تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك); dan juga yang seumpama demikian daripada perkara yang telah menjadi adat dalam mengucapkan tahniah, di antaranya adalah berjabat tangan. Difahami daripada kata-kata beliau (al-Ramli); “pada Hari Raya” bahawa ianya tidak dituntut pada hari-hari Tasyriq dan juga hari selepas Hari Raya ‘Aidil Fitri, tetapi telah menjadi adat manusia mengucapkan tahniah pada hari-hari tersebut, dan tiada sebarang halangan terhadapnya kerana maksudnya adalah untuk berkasih sayang dan melahirkan kegembiraan. Difahami daripada kata-kata beliau (al-Ramli) juga; “pada Hari Raya” bahawa waktu ucapan tahniah bermula dengan waktu fajar, bukannya dengan malam Hari Raya, berlawanan dengan apa yang ada dalam sesetengah catatan kitab, maka rujuklah.”

قال ش ر: وعبارة شيخنا : وتسن التهنئة بالعيد ونحوه من العام والشهر على المعتمد مع المصافحة إن اتحد الجنس فلا يصافح الرجل المرأة ولا عكسه ومثلها الأمرد الجميل وتسن إجابتها بنحو تقبل الله منكم أحياكم الله لأمثاله كل عام وأنتم بخير ا هـ

Al-Syarwani (56/3) mengatakan bahawa; ibarat syeikh kami (al-Baijuri); “Disunatkan mengucapkan tahniah sempena Hari Raya dan seumpamanya daripada tahun-tahun dan bulan-bulan tertentu mengikut pendapat yang muktamad beserta dengan berjabat tangan sekiranya sama jantina. Maka lelaki jangan berjabat tangan dengan wanita (ajnabiyyah) dan sebaliknya, seumpama perempuan itu adalah amrad yang cantik. Dan disunatkan menjawab ucapan tahniah dengan kata-kata seperti (تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنْكُمْ), (أَحْيَاكُمْ اللَّهُ لِأَمْثَالِهِ) dan (كُلَّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ)”.

قال الجمل : وعبارة البرماوي: والتهنئة بالأعياد والشهور والأعوام مستحبة يستأنس لها بطلب سجود الشكر عند حدوث نعمة وبقصة كعب وصاحبيه حين بشر بقبول توبته لما تخلف عن غزوة تبوك وتهنئة أبي طلحة له وتسن إجابة فيها بنحو تقبل الله منكم أحياكم الله لأمثاله كل عام وأنتم بخير ا هـ
Sulaiman al-Jamal (105/2) mengatakan; “Dan ungkapan al-Birmawi; Ucapan tahniah sempena perayaan-perayaan (Hari Raya), bulan dan tahun itu adalah mustahab (dituntut), dan dapat dikompromikan dengan tuntutan sujud syukur ketika memperolehi sesuatu nikmat dan dengan kisah Kaab radhiallahu anhu serta dua orang rakannya ketika dia diberitakan dengan penerimaan taubatnya kerana meninggalkan Perang Tabuk dan ucapan tahniah Talhah radhiallahu anhu kepadanya. Dan disunatkan menjawab ucapan tahniah dengan kata-kata seperti (تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنْكُمْ), (أَحْيَاكُمْ اللَّهُ لِأَمْثَالِهِ) dan (كُلَّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ)” tamat nukilan.

Waktu Mengucapkan Tahniah di Hari Raya

Ulamak berbeza pandangan berkaitan permulaan waktu yang dituntut untuk mengucapkan tahniah di Hari Raya sepertimana berikut;

Pendapat Pertama

Menurut pendapat pertama, masuknya waktu mengucapkan tahniah bagi Hari Raya ‘Aidil Fitri adalah dengan tenggelamnya matahari (malam raya) dan pada Hari Raya ‘Aidil Adha adalah dengan terbit fajar (masuk Subuh) hari 'Arafah sepertimana takbir raya. Disebutkan oleh Ba ‘Alawi;

فائدة: قال في الإيعاب و زي و ش ق: التهنئة بالعيد سنة، ووقتها للفطر غروب الشمس، وفي الأضحى فجر عرفة كالتكبير اهـ.

“Faedah : Disebutkan di dalam al-I'ab (Syarh al-'Ubab oleh Ibn Hajar al-Haitami), al-Zayyadi dan al-Syarqawi; "Ucapan tahniah sempena Hari Raya adalah sunat. Waktu ucapan tahniah bagi Hari Raya ‘Aidil Fitri adalah dengan tenggelamnya matahari (malam raya) dan pada Hari Raya ‘Aidil Adha adalah dengan terbit fajar (masuk Subuh) hari 'Arafah sepertimana takbir raya." (Bughyah al-Mustarsyidin 89)

Pendapat Kedua

Menurut pendapat kedua pula, masuknya waktu mengucapkan tahniah bagi Hari Raya ‘Aidil Fitri dan ‘Aidil Adha adalah dengan waktu fajar, bukannya dengan malam Hari Raya. Al-Shabramallisi atau al-Shubramillisi (401-402/2) mengatakan;

ويؤخذ من قوله أيضا في يوم العيد أن وقت التهنئة يدخل بالفجر لا بليلة العيد خلافا لما ببعض الهوامش فليراجع

“Difahami daripada kata-kata beliau (al-Ramli) juga; “pada Hari Raya” bahawa waktu ucapan tahniah bermula dengan waktu fajar, bukannya dengan malam Hari Raya, berlawanan dengan apa yang ada dalam sesetengah catatan kitab...”
اليسع
Wallahu a’lam