ANJURAN DOA PADA HARI ARAFAH
Terdapat dua perkara yang
perlu diketahui berkaitan doa pada hari Arafah sebagaimana berikut;
1. Tempat iaitu Padang Arafah.
Ia merupakan salah satu daripada 15 tempat yang mustajab doa sepertimana yang
disebut oleh Imam al-Hasan al-Basri.
Justeru, kelebihan tempat
mustajab doa ini hanya diperolehi oleh orang yang hadir di Arafah khususnya
pada hari Wuquf (9 Zulhijjah).
2. Waktu iaitu hari Arafah (9
Zulhijjah) setiap tahun.
Diriwayatkan daripada
Sayyidatina Aisyah radhiallahu ‘anha, bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda,
مَا
مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ، مِنْ
يَوْمِ عَرَفَةَ، وَإِنَّهُ لَيَدْنُو، ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمِ الْمَلَائِكَةَ، فَيَقُولُ:
مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ؟
“Tiada daripada hari yang lebih banyak Allah Taala membebaskan seseorang hamba daripada neraka selain hari Arafah. Dia akan mendekati mereka (dengan rahmatNya), lalu Allah berbangga dengan mereka (menunjukkan keutamaan) kepada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?”(Riwayat Muslim).
Diriwayatkan daripada Amru bin
Syuaib daripada bapanya daripada datuknya, sesungguhnya Nabi sollallahu ‘alaihi
wa sallam bersabda,
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” (Riwayat al-Tirmidzi. Kata beliau: hadis hasan gharib).
Menurut Imam al-Ghazali, hari
Arafah merupakan salah satu daripada waktu-waktu mulia yang dianjurkan untuk
memperbanyakkan doa. Bahkan, menurut Imam Ibn Allan, sesungguhnya doa hari
Arafah lebih diharapkan penerimaannya sama ada bagi jemaah haji atau selainnya.
Imam al-Murtadha al-Zabidi pula
mengatakan bahawa kemuliaan ini boleh diperolehi oleh setiap muslim sama ada
bagi mereka yang berada di Padang Arafah mahupun bukan.
Justeru, marilah kita
bersama-sama merebut peluang untuk memperbanyakkan doa dan munajat ke hadrat
Allah Taala di sepanjang hari Arafah ini. Hal ini kerana, sepanjang pengetahuan
kami, belum pernah lagi kami ketahui atau temui bahawa adanya batasan waktu mustajab
doa yang khusus pada hari Arafah ini khususnya bagi mereka yang tidak
mengerjakan haji di Mekah.
Mudah-mudahan Allah Taala mempermudahkan
kita untuk menyibukkan diri dengan memperbanyakkan doa pada hari Arafah ini. Sekurang-kurangnya peruntukkanlah sedikit waktu antara selepas solat Asar dan Maghrib hari tersebut untuk bermunajat kepada Allah Taala.
Berkata 'Ata' bin Abi Muslim al-Khurasani (seorang tabi'in),
Petang yang dimaksudkan adalah antara selepas solat Asar dan Maghrib.
Berkata 'Ata' bin Abi Muslim al-Khurasani (seorang tabi'in),
"Jika engkau mampu bersendirian pada petang hari Arafah, maka lakukanlah."
Petang yang dimaksudkan adalah antara selepas solat Asar dan Maghrib.
اليسع
Wallahu a‘lam.