PANDUAN HUKUM : Sebab Perpindahan Wali Aqrab
kepada Wali Ab’ad (Wali Nasab)
Alyasak bin Berhan
Wali Nasab terbahagi kepada dua iaitu wali aqrab dan wali ab'ad.
Wali aqrab adalah wali yang
paling hampir berbanding wali yang jauh turutannya (wali ab’ad). Wali aqrab ini
pula terbahagi kepada dua iaitu wali mujbir dan wali ikhtiyar/ghair mujbir.
Wali ab’ad adalah wali yang
jauh turutannya berbanding wali yang paling hampir (wali aqrab).
Sebab Perpindahan Wali Nasab.
Disebutkan oleh Ibn ‘Imad
dalam sebuah nazamnya (syair);
وَعَشْرَةٌ سَوَالِبُ الْوِلَايَهْ كُفْرٌ وفِسْقٌ وَالصِّبَا لِغَايَةْ
رِقٌّ جُنُوْنٌ مُطْبِقٌ أَوِ الْخَبَلْ وَأَخْرَسٌ جَوَابُهُ قَدِ اقْتَفَلْ
ذُوْ عَتَهٍ نَظِيْرُهُ مُبَرْسَمُ وَأَبْلَهٌ لَا يَهْتَدِيْ وَأَبْكَمُ
“Sepuluh perkara yang menyebabkan berpindah wali iaitu; kafir, fasiq, kanak-kanak (belum baligh), hamba, gila berterusan, rosak mental, bisu yang tidak mengerti (isyarat atau tulisan), kurang akal (dungu), kurang akal (البِرْسَام), dan “أبْلَه ” (dikuasai kelalaian sehingga tidak dapat membezakan antara sekufu dan bukan).”
Secara
ringkasnya, terdapat 12 sebab yang menyebabkan perpindahan wali aqrab kepada
wali ab’ad iaitu;
1.
Wali kafir
2.
Wali murtad
3.
Wali merupakan seorang hamba
4.
Wali belum baligh
5.
Wali hilang akal (gila)
6.
Wali yang terhalang urusan hartanya (المحجور عليه) kerana safih (سفيه) (dungu atau mereka yang membazirkan hartanya kepada
perkara-perkara yang haram)
7. Wali kurang akal / nyanyuk (walaupun sedikit)
8.
Wali khunsa musykil
9.
Wali bisu serta pekak dan
tidak mengetahui bahasa isyarat serta tidak tahu menulis
10. Wali mati
11. Wali fasiq
12.
Wali pengsan atau koma
melebihi tiga hari menurut Syeikh al-Ramli dan al-Khatib al-Syirbini
اليسع
Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan